
Sulit
3 tahun
Bipolar disorder mental illness
saya wanita 20an, saya ada soalan. setiap bulan saya selalu tibatiba rasa depressed, saya perasan corak perubahan mood saya dari tahun lepas. setiap bulan mesti saya ambil masa lebih kurang 2 minggu dalam bilik sorang2, dan kelakuan saya terus berubah jadi sebaliknya. saya rasa saya okay sbb selain daripada waktu tu saya rasa saya pompuan yg happy go lucky ja, dan selain dari masa tu jugak saya rasa mcm positif ja. mak saya sekarang mula cakap yang dia rasa saya dah macam orang gila, setiap bulan akan tiba tiba jadi macam ni, dan lepas tu happy, cakap banyak. saya mula risau bila saya check tentang bipolar disorder ni. pada pendapat doktor, adakah saya perlu mendapatkan rawatan, saya takut sebab orang di sekililing saya selalu cakap orang yg dapatkan rawatan mental ni macam orang gila. dan adakah saya boleh mendapatkan rawatan bipolar ni di hospital kerajaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sedemikian boleh berlaku atas beberapa faktor seperti:
- kecelaruan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- kecelaruan penyesuaian diri
- masalah kesihatan lain
Akan tetapi, untuk menentukan diagnosis penyakit mental/psikiatri, ianya memerlukan pemeriksaan menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sebaiknya, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik. Dari situ mereka akan melakukan pemeriksaan dan menanyakan beberapa soalan kemudian merujuk kepada pakar psikiaitri jika perlu, sama ada di hospital swasta atau kerajaan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Buat masa sekarang, kami sarankan anda mencuba langkah yang berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Kami juga sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kaunseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih