Sulit
3 tahun
Bisul Benjolan Tidak Hilang
Saya Sebelum ni terkena bisul tidak bermata. saya dah sapu ubat fucidin. Sakitnya sudah hilang cuma saya perasan dari segi saiz xbnyk berubah masih tetap ada. adakah makan masa juga untuk hilang sepenuhnya?. Untuk ubat tu kesilapan saya, saya tidak konsisten menyapu di bahagian yg ada bisul. Berapa lama untuk bisul hilang sepenuhnya? atau perlukan Pembedahan sahaja untuk menghilangkannnya?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kami perlu untuk memastikan bahawa benjolan tesebut benar-benar bisul. Kerana benjolan boleh jadi:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Kadang-kadang, beberapa penyakit boleh datang serentak dan mungkin juga sebab itu benjolan anda tidak menyurut. Namun, anda perlulah untuk menjalani pemeriksaan doktor untuk memastikan punca kepada benjolan tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.