anisfoeva
5 tahun
Bisul dan benjolan di ketiak
Saya berumur 23tahun, seluruh badan sy dari tahun lepas selalu naik bisul n benjolan diketiak. Sudah beberapa kali ke klinik dan habiskan antibiotik pihak klinik bg tapi smpai skrg tetap smpai masalah sy hadapi. Macamana ye dok?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan benjolan yang anda hadapi berkemungkinan terjadi oleh:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





















