
sdaichi91
4 tahun
Bisul di bahagian bontot
Saya lelaki berumur 28 tahun ingin bertanya soal bisul yang kerap terjadi di bahagian bontot. Setelah sembuh, bisul baru muncul pula. Apa yang saya perlu buat? Adakah kaitan dengan kencing manis atau penyakit berjangkit? Terima kasih Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya:
- pakaian dalam yang ketat
- luka pada lokasi bisul
- berpeluh dan produk pencuci yang mengganggu kulit
- penggunaan ubat pada jangka masa yang panjang seperti steroid atau antibiotik
- kerap menggunakan tub mandi yang kurang bersih
- kurang menjaga kebersihan
- penyakit yang boleh melemahkan sistem imun seperti kencing manis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.