
Sulit
3 tahun
Bisul di bahagian lengan
Mak saya, ade bisul memula Xde mata, lepastu nanah Nmpk Cam berkumpul bawah lapisan kulit, adakah itu bahaya Dan Boleh merosakkan isi daging dlm badan,saya ade gambar nye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, bisul boleh berpunca daripada beberapa perkara, iaitu :
- Jangkitan kuman pada kulit
- Obesity
- Diabetes mellitus
- Imuniti badan yang lemah
- Pembersihan badan yang tidak betul
- Kekurangan zat makanan
Anda perlu merujuk ibu anda kepada doktor untuk mendapatkan kepastian bahawa kebenjolan tersebut adalah bisul. Sekiranya ia bisul, kebiasaanya ia tidak membahayakan, namun nanah harus dikeluarkan melalui pembedahan kecil dan anitibiotik oleh doktor supaya jangkitan kuman tidak merebak kepada saluran darah atau tempat lain.
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut atau anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.