
Sulit
4 tahun
Bisul di kaki dan punggung
Saya lelaki berumur 20 tahun saya nak tanya saya tumbuh bisul 2 kali di punggung selepas sembuh sehari selepas itu tubuh pula di belakang lutut kaki, belum sembuh di kaki sekarang saya lihat ada dua bintat kecil seakan bisul jikalau bintat ini adalah bisul saya hairan bolekah 5 bisul tumbuh dalam masa tak sampai 2 minggu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bisul merupakan sakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman iaitu Staphylococcus aureus (S aureus). Oleh sebab itu, bakteria ini mudah untuk menjangkiti orang lain ataupun bahagian badan yang lain. Antara tabiat ataupun faktor yang menyebabkan masalah ini senang berlaku adalah seperti berikut:
a. Geseran daripada pakaian ataupun perbuatan mencukur
b. Kurang menjaga kebersihan
c. Kurang menitikberatkan hygiene
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.