
Sulit
5 tahun
Bisul sudah kering Dan berhenti berdarah tetapi masih bengkak
Saya wanita Dan saya mendapat bisul di bahagian hampir dengan alat sulit. Bisul saya sudah pom kering Dan berhenti berdarah tetapi ianya masih bengkak Dan terasa sakit apabila disentuh. Adakah itu normal dalam proses penyembuhan bisul?? Semasa bisul berdarah saya sudah ke klinik Dan mendapat ubat antibiotic Dan telah memakannya sehingga habis.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ia mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya dan tempoh itu bergantung kepada individu. Bagi memudahkan proses penyembuhan, anda disarankan:
- tidak memakai pakaian dalam yang ketat
- menjaga kebersihan bisul tersebut
- mengambil ubat tahan sakit
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.