
Sulit
4 tahun
Bisul yang berulang di dubur sebelum datang haid
saya mewakili pesakit berumur 30tahun. pesakit kerap datng bisul sebelum haid. setahun yang lepas doktor ada beri ubat antibiotik serta sabun untuk bisul. bisul tak muncul untuk 4bulan. selepas itu bisul muncul kembali tiap bulan sebelum datang haid. sudah dua tahun bisul ini terjadi. apa pandangan doktor? adakah ia berbahaya? haruskah berjumpa doktor kembali?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- folliculitis
- acne
-Anal fistula (sejenis laluan yang menyambungkan kulit di luar dubur dengan usus)
-Anal fissure (kulit yang pecah di bahagian dubur)
perianal abscess
Bisul yang kerap berulang mungkin disebabkan oleh rawatan yang tidak bersesuaian. Rawatan pembedahan mungkin diperlukan untuk merawat masalah tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.