Sulit
5 tahun
Bitik halus di bahagian kulit badan dan kepala zakar
saya seorang lelaki umur 31.hampir setahun saya ada bintik di tangan badan leher dan kepala zakar. tapi tak gatal. cuma sapu cream. dia hilang dan lama muncul balik.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh berpunca daripada beberap penyebab, antaranya ialah:
- Jangkitan herpes
- Jangkitan sifilis
- Jangkitan bakteria dan bernanah
- Kurang penjagaan kebersihan
- Jerawat pada kulit
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.



































