
Sulit
4 tahun
Bleeding 6weeks scan taknampak tapi Dr sah kan pregnant
Hi, saya wanita berumur 26 tahun. Saya nak tanya, saya disahkan pregnant 6minggu. Tapi pada 27/9/2020 saya bleeding macam period, sakit macam senggugut. Saya terus ke hosp kecemasan, Dr scan atas dan bawah guna pap smear. Masih tak nampak kantung atau heartbeat baby tapi UPT positive dan tiada luka di rahim saya. Everything is okay. Dr ambil sample darah, dan pada pagi 28/9/2020 Dr call dan sahkan saya memang pregnant. Saya terus bleeding sampai 1/10/2020. Tapi hari ni tinggal darah spotting je, tapi saya check UPT hari ni dah negative. Dr ada bagi temujanji 5/10 utk scan heartbeat baby nak tgk ada ke tak atau kandungan tak menjadi. Soalan saya, adakah saya dah gugur dengan sendiri? Dan tak perlu cuci? Sebab hari tu scan atas dan bawah taknampak kantung atau heartbeat baby lagi. Thankyou.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbvangan anda mengenai masalah pendarahan yang berlaku setelah hamil 6 minggu dan didapati bahawa terdapat tiada kantung atau degupan jantung bayi dalam rahim anda.
Untuk makluman anda, kemungkinan masalah yang anda perihalkan adalah merujuk kepada keguguran yang berlaku ataupun juga disebabkan oleh penyakit lain seperti:
- Kehamilan Molar (Molar pregnancy), dimana ketumbuhbesaran uri janin yang tidak normal dan menyebabkan kegagalan penumbuhan janin yang sihat. Ini disebabkan oleh masalah genetik.
- Kehamilan ektopik. Bermaksud kehamilan berlaku pada kawasan bukan rahim ataupun luar rahim. Selalunya akan ada terdapat pembesaran perut seperti kehamilan yang biasa.
- Blighted ovum, iaitu kegagalan implantasi ovum (sel persenyawaan) pada dinding rahim untuk menjadi embryo.
Penyakit-penyakit yang diperihalkan di atas merupakan sebab berlakunya kehamilan yang tidak menjadi atau keguguran. Menurut situasi anda, kemungkinan anda mengalami sejenis keguguran iaitu Missed miscarriage ataupun Incomplete abortion:
- Missed miscarriage berlaku apabila implantasi fetus telah gagal, tapi sisa janin masih terdapat dalam rahim.
- Incomplete abortion berlaku apabila anda mengalami keguguran janin setelah beberapa minggu, tetapi terdapat sisa baki janin dalam rahim.
Selalunya, sisa janin akibat keguguran akan dikeluarkan secara semula jadi. Namun sekiranya tidak, doktor anda akan membantu mengeluarkan sisa janin tersebut melalui pembedahan. Sila berjumpa dengan doktor puan anda bagi mengetahui lanjut mengenai perkara ini dengan kadar segera bagi mengelak komplikasi yang berbahaya seperti Septic abortion, iaitu jangkitan kuman pada rahim dan vagina akibat sisa janin yang terkumpul lamanya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.