amyshafika92
3 tahun
Bleeding diawal kehamilan
Saya mengandung sudah 11 minggu 5 hari…baru-baru ini saya bleeding…tak banyak…sedikit sahaja…saya sudah pergi ke hospital kerajaan…doktor disitu beritahu…saya ada darah beku belakang uri…sehingga hari ini masih lagi bleeding…adah ianya normal atau saya berkemungkinan akan keguguran?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah spotting pada trimester pertama boleh dikaitkan dengan masalah:
- pendarahan implantasi
- kehamilan ektopik
- keguguran
- sebab yang tidak diketahui
- masalah yang tidak berkaitan dengan kandungan anda tetapi organ pembiakan wanita
Sukar untuk saya mengulas mengenai kandungan anda kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.