
Sulit
5 tahun
Bleeding early pregnancy
Sy hamil 4-5 minggu dan mengalami pendarahan light bleeding selamat 4 hari. Warna darah seakan coklat tua. Keputusan usg menandakan uterus sy menebal tetapi tiada kantung ditemui. Kemungkinan early pregnancy atau failure pregnancy. Perlukah sy makan duphaston untuk support kandungan saya kerana sebelum ini sy pernah keguguran dan keluar darah merah fresh selepas saya makan duphaston. Pada waktu bilakah yang sesuai untuk makan duphaston?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, spotting diawal usia kehamilan boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan
- Persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Sementara itu, andainya perdarahan yang terjadi adalah banyak (bukan spotting ). Kemungkinan terjadi kejadian berikut:
- Jangkitan kuman
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.