
Sulit
3 tahun
Bleeding ketika hamil
Saya wanita berumur 31 tahun.dan sedang hamil 6minggu.saya ada keluar darah dan rasa macam nk bleeding.boleh x suggest ubat yang boleh sy dapat dari farmacy doctoroncall untuk mencuci rahim saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang mengenai masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, perdarahan semasa hamil boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Keguguran yang terancam
- Keguguran spontan atau lengkap
- Keguguran tidak lengkap
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
- Perdarahan implantasi
Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.