
snjannahzaidi
2 tahun
Bleeding ketika mengandung
Hye doktor , sy hamil 7mggu 4 hari . Tp sy dh bleeding selama 3 hari berturut turut . Di samping itu juga sy batuk kering dr 8 jun smpai hrni x sht sht wlpn dh mkn ubt yg diberikan doc . Soalan sy adakah ia normal ? Sy hnya bedrest saja skrg ni . Tu pn masih bleeding . Terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda pendarahan pada trimester pertama kehamilan adalah normal. Namun pendarahan yang banyak dan berterusan adalah perlu segera dirujuk kepada doktor agar sebarang masalah dapat dirawat dengan segera.
Anda amat disarankan agar segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.