
thevagiganesen18
4 tahun
Bleeding mengandung 5 minggu 4 hari
Saya wanita umur 32. Setahun lepas pernah mengandung tetapi kandungan tidak menjadi dah terpaksa D&A.sekarang mengandung 5 minggu 4 hari…2 hari lepas keluar spotting coklat. hari ini keluar darah tetapi tidak sakit dah tidak penuh pad. Saya rasa normal tanya sebarang sakit. Saya rasa tertekan bila terfikir lama rasa nak bunuh diri pun ada. Apa patut saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, spotting pada awal kehamilan adalah perkara normal. Namun, jika anda mengalami kesakitan pada rahim, pendarahan yang banyak serta berketul, demam dan sebagainya, anda harus mendapatkan rawatan lanjut dan pengesahan doktor.
Skan Ultrasound merupakan cara yang lebih tepat bagi mengesahkan kandungan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.