
Sulit
5 tahun
Bleeding pada usia janin 8 minggu
Saya berusia 37 tahun. Pertama kali mengalami bleeding pada usia janin 8 minggu… selama empat saya hanya mengalami spotted darah sahaja, hari kelima dan ke enam fresh blood (suku pantyliner), bila pergi kecemasan doktor scan & menekan dengan agak kuat pada perut sehingga terasa sakit pada perut dan selepas di benarkan balik rumah, darah keluar semakin banyak… keesokan hari ada keluar ketulan yang agak besar… Soalan saya… Adakah ketulan besar itu janin dan kandungan saya tak dapat diselamatkan… Selepas ketulan itu keluar, pada hari ke 9 saya buat pregnancy test… result menunjukkan hamil. Soalan kedua saya, adakah saya masih hamil walaupun masih mengalami bleeding. Tarikh temujanji berjumpa pakar agak lambat… Saya sangat berharap kandungan saya masih dapat di selamatkan… saya risau… minta doktor bantu jelaskan pada saya… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, spotting diawal usia kehamilan (biasanya 2-4 minggu) boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan. - persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Sementara itu, andainya perdarahan yang terjadi adalah banyak (bukan spotting. Kemungkinan terjadi kejadian berikut:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Sekiranya temujanji masih lambat, anda boleh mengunjungi unit kecemasan hospital berdekatan. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.