
cikpuanieyta
5 tahun
BLendir berdarah & sakit pada ariari
Hai doc,sy wanita dlm 20an,sy datang bulan pada 22hb8/28hb8 baru2 ini…selepas 5 hari habis haid iaitu pada 2hb9,keluar lendir brdarah beserta sakit pada ari2 & sakit pinggng serta bnyk angin dlm bdn saya…ia berterusan sehingga ke hari ini ,8/9…Apakah yg berlaku pada saya?sy bimbang terjadi apa2 pada rahim sy,perkara ini tidak pernah terjadi…bg pnjelasan doc,tq.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disbebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah ovari seperti ovari terbelit, kista (cyst) dalam ovari
- Ketumbuhan fibroid/poilp dalam rahim yang pecah atau berdarah
- Penyakit endometriosis
- Jangkitan dalam rahim
- Masalah saluran kencing seperti jangkitan saluran kencing atau batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.