
Sulit
3 tahun
Blood clot trismeter pertama
Saya hamil dan sudah 5 hr mengalami pendarahn / blood clot. Adakah ini petanda saya akan keguguran? Tp saya tidak mengalami kekejangan perut dan sebagainya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pendarahan pada awal kehamilan adalah satu petanda yang tidak baik kerana ia boleh berpunca daripada :
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Masalah pada uri
- Jangkitan kuman pada sistem reproduktif
- Kehamilan molar
Anda tidak perlu risau, kerana masalah ini dapat ditangani dengan rawatan awal. Oleh itu, kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada hospital berdekatan dengan kadar segera mengenai masalah anda.
Anda boleh menghubungi doktor pakar ibu dan anak kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.