
Sulit
5 tahun
Blood cloth pregnancy
Dr ketulan kecil sperti daging keluar semasa sye kencing.saya mengandung 5minggu.tiada pendarahan atau kesakitan selepas kencing.esk pagi,saya scan,pregnancy sye kantung masih elok.cume xdapat kenal pasti punca ketulan yg keluar semasa saya kencing.adakah sye mscarriage atau ketulan drpd dinding rahim sye sbb sbelum ni sye pnah mscarriage dan sebulan slpas itu ,sye pregnant smula.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa jenis keguguran seperti keguguran lengkap, keguguran tidak lengkap dan keguguran septik. Keguguran tidak lengkap yang bermakna saki baki janin tidak keluar sepenuhnya ini boleh menyebabkan simptom yang sedang puan alami seperti keluar ‘spotting’, keputihan mahupun cecair coklat.
Oleh itu, puan disarankan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memastikan keguguran puan adalah lengkap untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini pada masa hadapan. Jika anda telah pun membuat ultrasound dan mendapati kantung masih ada, kebarangkalian keguguran amat rendah. Namun, bagi kepastian doktor kan menggalakkan untuk menjalankan ujian imbasan ultrasound dalam tempoh 2 minggu lagi untuk melihat sekali lagi samada ia keguguran atau pendarahan implantasi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.*