
Sulit
4 tahun
Blood spot berlaku, tetapi UPT test negatif
saya wanita 20an, hari terakhir last period pada 19/3. pada 30hb/3 saya telah bersama dgn bf tanpa protection. pada petangnya saya telah makan dua biji postinor2 secara serentak. dan pada 8hb/4 saya telah datang period selama 4 hari. jadi pada 22hb/4 saya telah buat ujian UPT kerana rasa mual dan muntah. UPT menunjukkan negatif. dan pada 5hb/5 saya telah mengguna UPT untuk kali kedua dan ianya tetap negatif. dan hari ini 7hb/5 terdapat bloodspot. adakah saya hamil?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jika anda seorang muslim, diingatkan bahawa perbuatan anda adalah salah di sisi agama dan sangat berpotensi tinggi untuk terjadinya kehamilan diluar nikah walaupun tidak berlaku penetrasi yang sempurna. Saya berharap agar anda agar tidak mengulanginya dan cuba mencari jalan bagi menjauhi tabiat tersebut di masa akan datang.
Bagi mengenalpasti kondisi rahim anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau melakukan ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Antara tanda dan gejala awal kehamilan termasuk:
- Haid terlambat
- Mual, muntah & mengidam
- Cepat letih & mengantuk
- Sakit atau pening kepala
- Lebih kerap buang air kecil
- Cairan keluar dari kelamin
- Suhu tubuh meningkat
- Kejang perut
- Sering berdebar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Kami menjamin bahawa perbualan anda akan dirahsiakan tanpa sebarang kompromi. Terima kasih.