Sulit

2 tahun

Blurred Vision, Headache , Stiff Neck , Dizziness , Tinnitus

Hi saya sudah lebih 2 bulan mengalami sakit kepala depan dan belakang,berdenyut dan pening,leher merasa sakit,mata merasa tegang dan kabur,telinga kerap berdesing,dan kadang kala kalau baring rasa ceperti ada bunyi cairan mengalir di kepala agak pelik hahah.Doktor menganggap saya mempunyai masalah sinus tapi apabila dibawa ke pakar ENT semuanya okay.adakah ia migrain biasa? memang migrain boleh berlarutan hingga berbulan? Sekarang tengok fon atau pc takboleh lama, saya amat sakit dan sekarang sudah mahu melangkah ke 3 bulan,apakah langkah perlu saya buat.Makan ubat migrain seperti caffox,stugeron,paracetamol masih sakit.Ada juga doktor yang mencadangkan buat MRI tapi saya rasa sakit saya tidak seserius itu,perlu ke? harap ada yg sudi membantu tq

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah sakit kepala anda.

Berdasarkan penerangan, anda sedang menghadapi masalah sakit kepala, sakit pada bahagian leher, gangguan penglihatan dan gangguan pendengaran hampir 3 bulan. Kami akan cuba menerangkan simptom yang sedang anda hadapi dengan baik.

Sebagai pengetahuan, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh mengakibatkan gangguan kesihatan seperti yang telah anda nyatakan, antaranya adalah:

  1. Hipertensi
  2. Diabetes mellitus
  3. Tanda awal stroke
  4. Meningitis dan Encephalitis
  5. Migrain
  6. Pheochromocytoma
  7. Arteritis

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal sebelum masalah ini berlarutan dan boleh menjejaskan kualiti hidup anda.

Sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar neurologi kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala

jeremy-mcknight-ix9I7kfMpcc-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)