
Sulit
4 tahun
Bole ke buang braces untuk sementara wktu?
bole ke nak buang braces untuk sementara waktu disebabkan perkara tertentu ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, anda tidak digalakkan untuk membuang pendakap gigi selagi rawatan dan susunan gigi belum mencapai tahap yang memuaskan kerana terdapat risiko untuk gigi kembali kepada susunan sebelumnya dan anda perlu tandatangan borang bahawa anda memahami risiko untuk menanggalkan pendakap semasa rawatan sedang berlangsung.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Walaupun begitu, anda digalakkan menghubungi klinik gigi di mana anda membuat pendakap tersebut untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam dan berbincang dengan doktor gigi anda sebelum membuat keputusan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.