
Sulit
3 tahun
Boleh atau tidak ibu mengandung (bekas pesakit covid19) tahap 4) menerima vaksin
Saya ibu mengandung yg disahkan +ve covid19 pada 19/7/2021 dan telah dikuarantin di maeps serdang kmudian ke hospital sg.buloh…pd 30/7/2021 saya telah discharge dr hospital sg.buloh n perlu sambung suntikan ubat cair darah (clexane)…masalah yang saya hadapi skrg adalah nadi saya laju tiap kali ingin ke klinik kesihatan atau ke hospital untuk ‘check up’ tapi bila berada di rumah nadi saya normal seperti biasa…doktor di klinik kesihatan maklumkan mungkin saya trauma…jumaat ini 3/9/2021 saya dapat temujanji untuk vaksin dos 1…persoalannya doktor, bolehkah saya teruskan untuk menerima vaksin pada hari jumaat ini atau perlu tunggu untuk melepasi tempoh 3 bulan selepas dari +ve covid19? Untuk makluman doktor usia kandungan saya adalah 19minggu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda pernah positif Covid-19 2 bulan lepas dan kini anda memasuki minggu-19 kandungan. Anda ingin mengetahui jika anda boleh mengambil vaksin pada 3/9/2021. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pada 9/7/2021, JKJAV telah menyatakan bahawa bekas pesakit Covid-19 tidak perlu tunggu 3 bulan untuk terima suntikan vaksin. Anda boleh ambil vaksin pada 3/9/2021.
Selain itu, setelah mengambil kira risiko dan manfaat, ibu mengandung pada bila-bila tempoh kehamilan juga disarankan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.
Bagi pertanyaan lanjut anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini