
faridah5046
5 tahun
Boleh balik ke tidak?
Suami saya baru sahaja menyoal siasat salah seorang peserta tabligh Masjid Sri Petaling. Boleh ke suami saya balik ke rumah hari ini? Atau kena buat saringan Covid 19 dulu?

5 tahun
Salam sejahtera
Saya memahami bahawa suami anda baru sahaja menyoal siasat tabligh Masjid Sri Petaling. Namun jika suami anda mengamalkan langkah pencegahan yang sebetulnya, risiko untuk beliau dijangkiti adalah rendah.
Suami anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 . Melalui ujian ini beliau akan dikelaskan kepada beberapa kategori serta langkah yang sepatutnya akan diberikan mengikut kategori anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) untuk bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi menyelesaikan masalah anda.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini