
Sulit
3 tahun
Boleh kah ambil anestetik, ubat bius selepas ambil vaksin covid?
Tiada masalah kesihatan, hanya bertanya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui jika boleh menggunakan ubat bius selepas mengambil vaksin. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, ubat bius tidak boleh digunakan tanpa sebab. Namun ia tidak menjadi halangan atau masalah jika seseorang perlu melakukan pembedahan kecil dan memerlukan ubat bius selepas menerima vaksin COVID-19.
Jika anda mempunyai temujanji untuk pembedahan ataupun prosedur di klinik gigi yang memerlukan bius, anda boleh berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui waktu yang sesuai untuk melakukan prosedur dan mengelakkan komplikasi yang serius.
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini