
Sulit
5 tahun
Boleh kah kalau ambil postinor sampai 5 kali?
Berapa kali boleh ambil postinor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pengambilan pil postinor ini adalah digalakkan dalam tempoh masa 72 jam dan satu paket adalah mencukupi. Pengambilan postinor dengan kerap mungkin akan menyebabkan anda mengalami kesan sampingan seperti haid tidak teratur, sakit kepala, sakit payu dara atau berasa loya dan muntah.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.