
Sulit
4 tahun
Boleh kah sex semasa period yang berpanjangan
Saya ada mengambil suntikkan perancang keluarga selepas mengambil suntikkan itu pendarahan terjadi , adakah boleh saya bersama suami ketika period yang berpanjangan ini ? Doc ada memberi ubat untuk berhentikan period tetapi pendarahan itu tetap ade ? Adakah sya perlu mengambil nya setiap hari bagi merawat pendarahan saya ? Dan pendarahan ini bila akan terhenti ? Atau setelah cukup tempoh suntikkan itu ? Baru pendarahan itu terhenti ? Mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberikan.
Untuk pengetahuan anda, adalah digalakkan untuk mengelakkan dari melakukan hubungan seksual semasa tempoh pendarahan. Kami sarankan anda untuk berjumpa semula dengan doktor untuk menangani masalah haid berpanjangan ini dan mendapatkan rawatan alternatif mengenai masalah yang anda sedang hadapi ini.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami tidak pasti ubat apakah yang diberikan oleh doktor anda. Sekiranya dia memberitahu bahawa anda perlu mengambilnya pada setiap hari, anda perlu patuh pada arahan yang diberikan. Bilakah pendarahan tersebut akan berhenti, kami tidak mempunyai jawapan yang tepat kerana ia bergantung dengan kandungan hormon di dalam badan anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada pihak doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.