
Anonymous
5 tahun
Boleh kan penyakit brokitus sembuh sepenuhnya
Sy pesakit bronkits …sy nk tnya…kerosakn tisu paru2 mmg kekal ya…tidak blh sembuh …ada vitamin utk menguajnnye…sy aamat risau klu trkena selsrma dn batuk…tetapi setiap thn sy mengambil vaksin influvsa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
bronkitis kronik merupakan penyakit yang akan kekal lama dan memerlukan rawatan dari masa ke semasa sepanjang hayat. Anda mungkin beroleh manfaat melalui fisioterapi pemulihan dada dan penggunaan ubat yang telh diberikan doktor, serta mengelakkan sebarang objek yang mampu menyebabkan alahan seperti rokok, habuk, hama, bulu haiwan dan debunga.
Bronkitis akut pula ada yang boleh disembuhkan bergantung kepada tahap kerosakan tisu paru-paru tersebut. Anda mengambil tindakan yang betul apabila anda mengambil vaksin influenza kerana ia mempertahankan anda daripada serangan bronkitis kerana flu boleh menyebabkan bronkitis bertambah teruk