
Sulit
4 tahun
Boleh ke ambil pemanis equal untuk.pesakit kencing manis..a
Hai doc saya nak tanya boleh ke sy.ada kencing manis amalkan pemanis equal setiap kali saya ingin minum manis…apakah ada kesan sampingan atau pemanis equal ni sama dengan gula?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Penggunaan pemanis tidak digalakkan dalam kehidupan seharian, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat mengenai perkara ini melalui doktor yang merawat anda. Dikhuatiri penggunaannya secara berlebihan boleh memberi kesan sampingan yang lain kepada anda.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa makanan yang anda boleh makan sebagai penghidap kencing manis, seperti:
- Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, kobis dan bok choy
- Makanan bijiran penuh
- Ikan seperti salmon, mackerel, tuna dan sardin
- Kekacang
- Buah-buahan sitrus seperti buah oren
- Ubi keledek
Makanan yang anda perlu elakkan adalah makanan mempunyai indeks glisemik yang tinggi seperti:
- Nasi putih
- Pasta
- Roti
- Kentang
- Tembikai
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar atau pakar nutrisi untuk menentukan pemakanan yang sesuai untuk anda dan mendapatkan kesimpulan lebih lanjut.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.