Sulit
3 tahun
Boleh ke mkn said folic bersama susu full cream..?
Sbb Ade teebaca article yg nyatakan asid folic acid boleh minum dgn air mineral jer…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Folic acid atau vitamin B12 penting untuk kesihatan yang baik kerana ia adalah vitamin yang larut dalam air. Oleh itu, badan tidak menyimpannya di dalam tisu dan ianya harus diperolehi daripada diet setiap hari. Bagi wanita yang mengandung, folic acid adalah penting kerana dapat membantu mencegah beberapa kecacatan kelahiran utama otak bayi (anencephaly) dan tulang belakang (spina bifida).
Anda disarankan untuk mengambil folic acid bersama dengan air kosong 30 minit sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Manakala pengambilan folic acid ini dengan air susu adalah tidak digalakkan hanya kerana ianya melambatkan penyerapan. Hal ini kerana produk tenusu mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna. Namun ia tidak berinteraksi dengan folic acid. Sebab yang sama ubat ini digalakkan untuk diambil ketika perut kosong atau 2 jam selepas makan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.