Sulit
5 tahun
Boleh ke saya mengandung ketika ambil injection depo
Saya berusia 28tahun,saya ambil perancang depo,saya ingin last period saya pada hari terakhir 15 march 2020,
Dan saya mengambil injection septutnya pada 23 march 2020 tapi saya terlepas tarikh dan ambil injectiom sekula pada 30 march 2020.
Pada 10 mei hari sepatut nya saya period saya dapti hanya keluar darah spotting sedikit bewarna coklat2 adakah itu tanda mengandung,boleh jadi ke sya mengandung ketika amok injection depo
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, suntikan depo adalah bertujuan untuk mencegah kehamilan. Kebiasaannya suntikan ini mengambi masa 7 hari sebelum ianya berkesan. Dalam tempoh tersebut, anda harus menggunakan alternatif lain seperti kondom. Sekiranya anda menggunakan suntikan depo ini dengan cara yang betul seperti yang diterangkan maka, peluang untuk anda hamil adalah tipis.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.






























