
aman.kerajaan
5 tahun
Boleh ke,wrap barang ada covid,dan pegang?
hii doctor,nak tanya,tentang covid,saya betul telefon dr rumah,jd bila.pkp,saya tak bley buat,tp kalau saya buat,boleh ke saya ambil telefon dr customer,dia letakkan dkat pagar saya,sy ambil pakai sarung tangan,dan dah siap2 bukak wrap makanan,sy buka sarung tangan,dan wrap telefon tu,dan terus pegang telefon tu…jika ada virus pada telefon tu,selepas sy wrap,boleh ke virus kena pada saya?minta bantuan doctor,please…

5 tahun
Terima kasih atas soalan anda,
Virus ini boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui cara berikut:
- Bersin ataupun batuk.
- Rembesan cecair daripada badan seperti hingus.
- Sentuhan seperti bersalaman.
- Sentuhan terhadap barangan seperti tombol pintu yang telah dicemari virus.
- Terkena najis yang telah dijangkiti virus ini.
Setakat ini belum ada kajian menyeluruh mengatakan bahawa ia merebak melalui barangan belian. Namun anda dinasihati untuk mengelap barang tersebut mengunakan sabun atau sanitizer.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.