Sulit
5 tahun
Boleh menjangkiti orang lain selepas tempoh kuarantin positif Covid-19?
Saya baru habis kuarantin untuk positif Covid-19 tidak bergejala, adakah saya masih boleh menjangkiti orang lain selepas tempoh waktu kuarantin 10 hari?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemuyskilan anda pada masa ini. Untuk makluman anda, anda masih berisiko untuk menjangkiti individu lain sekiranya anda masih mempunyai virus tersebut. Sekiranya anda anda masih belum membuat ujian swab kedua, sila lakukannya untuk mengesahkan sama ada anda masih aktif COVID-19 ataupun telah bebas daripada virus tersebut.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga dinasihatkan untuk memantau gejala anda dan patuh kepada SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (MKN)
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































