
Sulit
5 tahun
Boleh saya tahu jenis2 ubat yang boleh buat tahan lama
saya selalu pancut awal bila berhubungan dengan isteri

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan diperlukan dan perlu ditanya mengenai masalah ejakulasi pramatang anda. Hal ini kerana masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh lakukan beberapa langkah seperti:
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Psikoterapi
- Penggunaan ubat seperti ubat sapuan atau ubat telan - ubat-ubat ini memerlukan preskripsi doktor dahulu
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.