
Sulit
4 tahun
Boleh saya tahu kalau tangan gatal sebelah sahaja adakah alahan ubat
Selamat petang doktor…boleh saya tahu selepas saya mengambil ubat pada pukul 2 tadi…tangan saya terasa gatal sebelah dan naik bengkak…adakah dia alahan ubat

4 tahun
Hi dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam masalah ini. Kegatalan yang berlaku pada tangan anda boleh disebabkan oleh reaksi alahan kepada ubat. Namun begitu, masalah ini boleh berpunca daripada masalah lain seperti:
- Ekzema
- Alahan kepada persekitaran
- Psoriasis
- penyakit saraf - sesetengah penyakit saraf boleh menyebabkan simptom kegatalan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Sila awasi simptom yang anda alami dan jika berlarutan dan disertai dengan gejala berikut, anda dinasihati untuk pergi ke fasilit kesihatan terdekat untuk mendapatkan rawatan:
- Bengkak
- Berubah warna biru kehitaman
- Sakit
Ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini, sebaiknya anda perlu berjumpa dengan doktor supaya dapat membuat pemeriksaan dengan lebih teliti untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.