
kavenraj983
5 tahun
Bolehkah anda nyatakan kesan buruk vape dalam point
Sebab ini untuk projek saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi vape ataupun e-rokok, masih belum terdapat data yang mencukupi bagi memberikan gambaran kesan jangka masa panjang penggunaan vape ini. Namun begitu, kesan penggunaan berkerapan vape ini boleh menyebabkan, ketagihan nikotin yang boleh menjerumuskan seseorang itu kedalam merokok. Ia juga dapat menyebabkan kerengsaan saluran udara seterusnya menyebabkan bronkitis akut. Terdapat juga risiko-risiko seperti kerosakan bateri yang boleh menyebabkan terbakar serta letupan.