Anonymous
4 tahun
Bolehkah bersama ketika diawal kehamilan
Saya berusia 28 tahun , sudah berkhawin hampir 4 tahun dan baru dikurniakan zuriat yg pertama… sekarang usia kandungan saya berusia 5 minggu, adakah selamat untuk saya melakukan hubungan kelamin ketika ini. Terimah kasih doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tiada larangan dari segi perubatan untuk mengadakan hubungan kelamin kerana tidak ada sebab seperti keguguran dan sebagainya yang boleh disebabkan oleh hubungan kelamin melainkan terdapat pendarahan serta kesakitan selepas hubungan kelamin tersebut. Oleh sebab anda telah hamil, anda juga tidak perlu risau tentang pengambilan pil perancang keluarga kerana kehamilan anda sendiri telah berfungsi sebagai kontraseptif semula jadi. Sekian.