
nora.shaam
5 tahun
Bolehkah covid-19 di angkiti dari binatang peliharaan dirumah seperti ki kuching. Bagaimana pula kalau bekerja ditempat penginapan sementara seperti hotel kuchinguching
Anak saya bekerja dengan syarikat yang memberi perkhidmatan hotel atau penginapan untuk kucing-kucing tinggal sementara waktu bilamana tuan punya kucing bekerja luar daerah atau negeri. Adakah anak saya dan pekerja2 yg lain dengan mudah terdedah mendapat jangkitan convid-19? Sy terlalu bimbang bila memikirkan tentang perkara ini. Sudah lama sy menyuruh anak sy supaya memohon kerja yg lain. Tapi dia tidak mahu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, virus ini dikelaskan sebagai virus zoonotik yang membawa maksud organisma yang merebak melalui haiwan kepada manusia. Virus yang pada mulanya hanya terdapat pada haiwan eksotik ini boleh merebak kepada manusia dengan pelbagai cara iaitu sentuhan, pengendalian sebagai haiwan ternakan ataupun makanan.
Setakat ini belum ada kajian khas menunjukkan bahawa virus ini boleh dibawa oleh haiwan seperti kucing. Tiada rekod tentang jangkitan virus ini melalui haiwan domestik seperti kucing buat sekarang. Namun, anda masih perlu berjaga-jaga ketika mengendalikan haiwan ini.
Saya berharap jawapan ini membantu. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini