Sulit
6 tahun
Bolehkah covid-19 di jangkiti dari binatang peliharaan dirumah seperti kuching. Bagaimana pula kalau bekerja ditempat penginapan haiwan sementara seperti hotel .kuching
Anak saya bekerja disyarikat yg memberi services penginapan sementara haiwan peliharaan seperti kuching. Juga dikenali sebagai hotel kuching. Adakah mudah pekerja di tempat seperti itu dijangkiti covid-19. Sy ada terbaca satu artikel yg mengatakan kuching juga pembawa virus convid-19. Boleh Dr jelaskan kerana ianya begitu membimbangkan sy
virus convid-19. Boleh Dr jelaskan kerana ianya begitu membimbangkan sy.
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, virus ini dikelaskan sebagai virus zoonotik yang membawa maksud organisma yang merebak melalui haiwan kepada manusia. Virus yang pada mulanya hanya terdapat pada haiwan eksotik ini boleh merebak kepada manusia dengan pelbagai cara iaitu sentuhan, pengendalian sebagai haiwan ternakan ataupun makanan.
Setakat ini belum ada kajian khas menunjukkan bahawa virus ini boleh dibawa oleh haiwan seperti kucing. Tiada rekod tentang jangkitan virus ini melalui haiwan domestik seperti kucing buat sekarang. Namun, anda masih perlu berjaga-jaga ketika mengendalikan haiwan ini.
Saya berharap jawapan ini membantu. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































