
Sulit
4 tahun
Bolehkah kehamilan terjadi walaupun memakai perancang
Saya seorang ibu kepada 2 orang anak dan sekarang sedang menggunakan perancang implanol atas sbb kesihatan.soalan saya masih bolehkah hamil walaupun sedang memakai implanol?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, walaupun laporan berita menunjukkan risiko kehamilan yang tinggi di kalangan pengguna Implanon, ia masih dianggap lebih 99% berkesan untuk mencegah kehamilan. Bagi setiap 1,000 wanita yang menggunakan implan, kurang dari satu wanita akan hamil selama tiga tahun. Selain itu, perlu diingat bahawa tiada bentuk kontraseptif yang 100% berkesan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih