nursyahazim5
5 tahun
Bolehkah korona virus merebak melalui air kencing mangsa yang positif?
Bolehkah korona virus merebak melalui air kencing mangsa yang positif?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, virus tersebar dari manusia ke manusia melalui cara berikut:
Bersin ataupun batuk.
Rembesan cecair daripada badan seperti hingus.
Sentuhan seperti bersalaman.
Sentuhan terhadap barangan seperti tombol pintu yang telah dicemari virus.
Terkena najis yang telah dijangkiti virus ini.
Oleh itu, ia boleh merebak melalui air kencing.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































