
nisa2451
5 tahun
Bolehkah makan ubat alahan ketika mengandung trimester pertama?
saya wanita berumur 20 an dan sedang mengandungkan anak pertama , sebelum saya mengandung saya memang ada alahan dan mempunyai ubat alahan iaitu somin dan zaditen , soalan saya adakah sewaktu mengandung saya boleh makan ubat tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, sebelum memilih sebarang supplement/ubat lihat dahulu kandungan dan kelulusan daripada kkm dan dapatkan nasihat daripada doktor atau pharmacist sebelum mengambilnya. Bahaya mengambil supplement sebarangan boleh menyebabkan masalah dan kesan buruk seperti menjejaskan bayi di dalam perut, kerosakan buah pinggang dan organ lain.
Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.