
Sulit
4 tahun
Bolehkah meneran ketika membuang air besar setelah melakukan operasi czer
Saya telah melahirkan bayi secara czer. Saya mengalami sakit perut yang kerap tetapi saya takut untuk meneran kerana ada yang memberitahu saya tidak boleh meneran takut jahitan/luka lambat sembuh. betul ke doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang luka czer.
Untuk makluman anda, tiada masalah untuk anda meneran asalkan tidak berlebihan sehingga membuat anda sakit atau luka anda semakin sakit. Biasanya doktor akan memberi ubat pelembut najis selepas proses kelahiran untuk memudahkan berak.
Saya menasihatkan anda untuk memberitahu hal ini kepada doktor yang merawat anda supaya mereka boleh mengambil langkah lain bagi mencegah anda daripada sakit perut berpanjangan dan sakit untuk membuang najis.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.