
Sulit
5 tahun
Bolehkah mengandung selepas period
Hai, saya nak bertanya… Pernah terjadi tak seorang wanita yang baru habis period terus positif mengandung?? Sebelum period memang ada bersama…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi.
Justeru, sekiranya anda tidak berhubungan intim seusai haid namun ujian kehamilan UPT mendapatkan positif, ini kemungkinan besar bermaksud perdarahan tersebut adalah perdarahan diawal kehamilan. Namun, terdapat peratus kecil wanita yang mengeluarkan ovum sewaktu haid yang mana apabila wanita ini melakukan hubungan seksual sewaktu haid kemungkinan untuk hamil masih ada.
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.