
Sulit
4 tahun
Bolehkah penyakit gagap dirawat?
Salam sejahtera kepada doktor - doktor yang dihormati. Boleh saya tahu cara untuk merawat gagap bagi orang dewasa? Adakah penyakit gagap ini boleh di ubati? terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Untuk pengetahuan anda, gagap merupakan suatu keadaan di mana pertuturan menjadi tersekat-sekat, terhenti secara tidak sengaja atau secara am-nya tidak lancar. Kondisi ini boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Walaupun sesetengah pakar tidak menganggap ianya suatu masalah kesihatan, namun seringkali ia menyebabkan kesulitan individu, perasaan tidak selesa atau proses komunikasi dua hala yang tidak dapat dikendalikan secara maksima.
Antara punca berlakunya gagap termasuk
- kerosakan saraf
- faktor genetik
- faktor persekitaran
- faktor bimbingan awal kanak-kanak
- faktor tekanan atau trauma psikologi
Justeru bantuan yang boleh diberikan adalah sangat terhad dan rata-rata akan dikendalikan melalui proses bimbingan dari doktor, doktor pakar atau Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan-Bahasa) di hospital-hospital yang berhampiran. Lazimnya ia melibatkan
- terapi pertuturan
- rawatan psikiatri (sekiranya perlu)
- rawatan otot (sekiranya perlu)
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.