Sulit
3 tahun
Bolehkah pesakit tiroid menderma darah?
Saya berumur 28 tahun. Saya pernah mengalami masalah tiroid di bahagian leher sebelah kanan. Saya telah membuat pembedahan pada December 2018, benjolan di leher saya telah dibuang. Pada pertengahan tahun 2019, saya daftarkan diri untuk menderma darah, namun tidak dibenarkan untuk menderma darah. Adakah benar sekiranya saya menderma darah mungkin akan mengganggu hormon dalam badan saya? Atau adakah kerana jarak tempoh pembedahan dengan waktu derma darah kurang dari 6 bulan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang soalan yang diajukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, berikut adalah kriteria untuk penderma darah:
- Sihat tubuh badan.
- Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
- Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
- 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).
- Berat badan 45kg ke atas.
- Tidur minimum 5 jam.
- Tiada masalah kesihatan.
- Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
- Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
- Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
- Bertukar-tukar pasangan seks.
- Mengambil dadah secara suntikan.
- Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
- Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
- Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
Jangan menderma jika anda :
- Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
- Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.
Kami tidak dapat mengulas dengan lanjut sebab anda tidak dibenarkan menderma darah kerana kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai status kesihatan anda. namun begitu, menderma darah tidak akan menganggu hormon di dalam badan anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut mengenai soalan anda. Terima kasih.