
nawwaratulkauthar
4 tahun
Bolehkah pil norcutin normalkan kitaran haid?
Saya berumur 25 tahun dan sudah berkahwin sejak 6 bulan lalu. Sebelum berkahwin kitaran haid saya tidak teratur, semakin lama ia semakin teruk. Saya tidak datang haid selama 4 tahun. Saya ada berjumpa doktor pakar puan. Dia scan rahim saya dia kata okay tiada masalah. Dia cuma suruh saya turun kan berat badan (berat saya 80kg, tinggi 163cm) dan beri pil Norcutin 5mg untuk datangkan haid. Selepas makan pil norcutin saya didatangi haid selama 10 hari dan selepas itu haid kembali tidak teratur. Ekoran kesibukan kerja saya tiada masa untuk berjumpa doktor lagi dan saya bercadang untuk membeli pil norcutin di farmasi dengan harapan haid akan kembali teratur. Pharmacist ada kata ambil selama 6 bulan,selepas itu stop dan biarkan haid datang secara normal.
Persoalan saya, boleh kah pil tersebut dimakan untuk regulated period cycle? Dan apakah kesan dengan pengambilan pil ini secara berterusan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil ini digunakan untuk merawat masalah berikut:
- haid tidak teratur
- haid lewat
- endometriosis
Kesan sampingan ubat ini:
- sakit pada payudara
- berat badan meningkat
- muntah/loya
- kekurangan nafsu bersama pasangan
- emosi tidak stabil
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.