
Sulit
3 tahun
Bolehkah saya ambil vaksin?
saya perempuan berusia 16 tahun.Saya bekas pesakit covid pada bulan lepas dan sudah sembuh.Beberapa hari saya kuarantin saya alami sakit dada dan gastrik.Sampai hari ini saya kerap sakit dada akibat oleh gastrik dan banyak angin dalam badan.Sudah sebulan lebih saya sakit dada.Saya juga sudah buat ecg test di klinik dan jantung saya normal.Doctor juga bagitahu saya ada panic attack dan vasovagal attack.Selamatkah saya jika saya ambil vaksin pada hari esok?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sehingga ke saat ini, tidak ada kajian yang menunjukkan bekas pesakit covid yng mengalami sakit dada dan gastrik tidak boleh mengambil vaksin covid 19. Anda boleh mengambil vaksin tetapi saya menasihatkan kepada anda supaya dapatkan tidur serta rehat yang cukup, mengambil sarapan sebelum pergi mengambil vaksin serta tidak terlalu gementar ketika hendak mengambil vaksin besok.
Namun, sebelum itu saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini