
Sulit
3 tahun
Bolehkah saya divaksin?
Saya telah melakukan swab test result saya pun positif.Saya sudah habis kuarantin.sudah 10 hari habis kuarantin. Tetapi saya mahu mengatahui boleh kah saya divaksin? Selepas berapa hari saya boleh divaksin?saya lahir pada 2003 tetapi pada 24/11 umur saya 18.Boleh kah saya divaksin dan bagaimana saya dpt temu kanji?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan.
Untuk makluman anda, bekas pesakit COVID-19 boleh mengambil vaksin tersebut selepas 3 bulan atau 90 hari selepas dijangkiti virus tersebut. Selain itu, kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun ke atas kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera. Oleh itu, kami sarankan anda menghubungi pihak JKJAV untuk mengatur semula tarikh suntikan anda dan anda perlu menyatakan kepada mereka anda mempunyai sejarah jangkitan COVID-19.
Talian JKJAV:
Telefon: 1-800-88-8828
Emel: info@vaksincovid.gov.my
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini