Sulit
3 tahun
Bolehkah saya teruskan menyusu badan selepas mengambil ubat Postinor 2
Hi doktor. Bolehkah saya teruskan menyusu badan anak saya berumur 1tahun selepas mengambil ubat Postinor 2? Adakah ia akan memberi kesan kepada anak saya?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda tidak disarankan untuk mengambil postinor sewaktu menyusu kerana ia boleh berpindah ke dalam susu badan. Memandangkan anda menyusu, risiko kehamilan berkurangan. Namun, selepas 6 minggu bersalin, anda disarankan untuk mendapatkan maklumat tentang perancangan keluarga yang bersesuaian.
Untuk mengetahui samada perancang keluarga yang manakah bersesuaian, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.